Saturday 26 February 2011

Light Trail


Apabila merakam foto menggunakan slow shutter sekitar 1 second atau lebih perlahan, kita boleh mendapatkan kesan jalur cahaya (light trail) di dalam foto yang dirakam apabila terdapat kenderaan dengan lampu dinyalakan bergerak di hadapan kamera kita. Foto sebegini sesuai dirakam pada waktu malam atau lebih baik lagi jika dirakam pada waktu senja kerana pada waktu senja, kita masih boleh mendapatkan warna biru pada langit.
Oleh kerana foto ini dirakam menggunakan slow shutter, kita perlu meletakkan kamera pada permukaan yang stabil untuk mengelakkan gegaran pada kamera. Lebih mudah lagi jika kita mempunyai tripoduntuk tujuan ini.
Apabila merakam foto dengan slow shutter, elakkan dari menekan shutter release button dengan jari anda bagi mengelakkan gegaran pada kamera. Gegaran pada kamera ini boleh mengakibatkan foto anda menjadi kabur. Untuk ini, anda boleh gunakan self timer bagi merakam foto atau lebih baik lagi jika anda menggunakan wireless remote untuk merakam foto tanpa menyentuh kamera anda.
   Untuk mendapatkan kesanlight trail yang baik, kita perlu menunggu kenderaan yang sesusai melintas di hadapan kamera. Adakalanya light trail yang dihasilkan tidak begitu menarik kerana terlalu banyak kenderaan atau terlalu kurang kenderaan lalu di hadapan kamera kita. Jadi, kita perlu menunggu masa yang sesuai dan merakam banyak foto.
Untuk foto di atas, setting yang digunakan adalah seperti berikut:
  • ISO 100
  • Aperture f/13
  • Shutter speed 15 seconds
Setting yang dinyatakan hanyalah sebagai info dan panduan. Anda perlu ubahsuai setting anda berdasarkan keadaan pencahayaan dan setting lain yang digunakan semasa anda merakam foto anda nanti.
Diharap tips ini dapat membantu atau memberi inspirasi kepada anda untuk merakam foto dengan light trail. Fikirkan lokasi menarik untuk anda rakam foto sebegini dan cuba rakam foto light trail atau night scene anda sendiri. Selamat mencuba!



Ingin Dapatkan Khidmat Fotografi?
Sila Hubungi 017-8712545
atau Email kan Kepada icescoba87@yahoo.com
atau add saya di Facebook Fierdauz Whybee Jaudin

No comments:

Post a Comment