Sunday 27 February 2011

Harga Sebuah Karya

Karya seni...tak kesah la dari seni lukis atau seni fotografik mahupun dari seni grafik...semuanya berasal dari satu cabang seni yag dipanggil seni halus atau Fine art didalam bahasa inggeris. Seni bukan lah sesuatu benda yang boleh kita kira seperti matematik mahupun fizik. yang boleh ditolak dan ditambah atau didarab atau dibahagi.
Seni adalah sesuatu yang amat subjektif. Biasanya sekira dalam kelas matematik 1 + 1= 2 tetapi didalam sudut seni mungkin jadi 1 + 1 = 4. Sudut seni Fotografi misalnya, kita tidak terperangkap dalam satu sudut sahaja, tidak terperangkap dalam satu aliran sahaja. Didalam seni Fotografi sendiri banyak seni yang dapt kita perolehi dan boleh dipelajari. Dari sudut Foto Biasa kepada Street Photo dan mungkin terus kepada light grafiti. Seni ini membawa kepada merakam detik-detik indah kepada detik-detik pahit dalam hidup. Seni ini mungkin akan bermula dengan menggunakan Telefon Bimbit kepada kamera Digital dan terus kepada DSLR mungkin. Mungkin ada yang mengata Menggunakan DSLR akan mendapat satu karya yang berharga. Sebenarnya tidak, kamera yang digunakan bukan penentu sesebuah karya itu berharga atau tidak. Sepertimana saya katakan tadi karya adalah satu sifat yang amat subjektif. Ada juga satu karya kita lihat dengan hanya menggunakan kamera di telefon bimbit begitu berkualiti pada hasilnya.

Ingin Dapatkan Khidmat Fotografi?
Sila Hubungi 017-8712545
atau Email kan Kepada icescoba87@yahoo.com
atau add saya di Facebook Fierdauz Whybee Jaudin

No comments:

Post a Comment