Sunday 27 February 2011

Harga Sebuah Karya

Karya seni...tak kesah la dari seni lukis atau seni fotografik mahupun dari seni grafik...semuanya berasal dari satu cabang seni yag dipanggil seni halus atau Fine art didalam bahasa inggeris. Seni bukan lah sesuatu benda yang boleh kita kira seperti matematik mahupun fizik. yang boleh ditolak dan ditambah atau didarab atau dibahagi.
Seni adalah sesuatu yang amat subjektif. Biasanya sekira dalam kelas matematik 1 + 1= 2 tetapi didalam sudut seni mungkin jadi 1 + 1 = 4. Sudut seni Fotografi misalnya, kita tidak terperangkap dalam satu sudut sahaja, tidak terperangkap dalam satu aliran sahaja. Didalam seni Fotografi sendiri banyak seni yang dapt kita perolehi dan boleh dipelajari. Dari sudut Foto Biasa kepada Street Photo dan mungkin terus kepada light grafiti. Seni ini membawa kepada merakam detik-detik indah kepada detik-detik pahit dalam hidup. Seni ini mungkin akan bermula dengan menggunakan Telefon Bimbit kepada kamera Digital dan terus kepada DSLR mungkin. Mungkin ada yang mengata Menggunakan DSLR akan mendapat satu karya yang berharga. Sebenarnya tidak, kamera yang digunakan bukan penentu sesebuah karya itu berharga atau tidak. Sepertimana saya katakan tadi karya adalah satu sifat yang amat subjektif. Ada juga satu karya kita lihat dengan hanya menggunakan kamera di telefon bimbit begitu berkualiti pada hasilnya.

Ingin Dapatkan Khidmat Fotografi?
Sila Hubungi 017-8712545
atau Email kan Kepada icescoba87@yahoo.com
atau add saya di Facebook Fierdauz Whybee Jaudin

Light Grafiti

Antara karya yang cube nak buat..pasal tgk kat Majalah 3 semalam...
mungkin org ckp benda ni da lama..tapi kalau da buat baru rasa dia punya kepuasan.

















Saturday 26 February 2011

Permulaan Baru

Untuk permulaan tidak perlu menggunakan satu camera yang mahal atau terlalu canggih...memadai dengan sesuatu yang murah tetapi berkualiti.sebagai contoh menggunakan camera "second hand". Yang Mana boleh diperolehi di kedai Camera di pudu plaza atau di Pertama Complex. Sebagai Contoh, Video dibawah adalah seorang Master Fotografi di US yang menggunakan Camera Biasa dalam Permulaan Mempelajari seni ini.
Didalam Seni Fotografi, kita perlu mula daripada bawah dan kita perlu belajar dari bawah. Didalam Seni fotografi ini, Kita perlu ada seorang atau lebih guru, ini kerana tanpa guru kita akan lost dan kita akan menjadi lebih cepat menjadi bosan dengan seni ini. Ini kerana seni ini amat memerlukan kesabaran dalam mendapat sesuatu yang amat berkualiti. Jangan takut untuk bertanya kepada orang yang lebih berpengalaman dan arif dalam bidang ini. Pada permulaan didalam bidang ini, kesilapan adalah perkara yang biasa dan normal. Bak kata Pepatah " kalau tidak dipecahkan ryung manakan dapat sagunya". Dan setiap pembelajaran mesti ade liku-likunya. Jika kita fikirkan, Tiada org akan terus berlari atau berjalan, sebaliknya kita akan belajar mengengsot dan merangkak selepas itu baru lah kita akan belajar dan belajar dan belajar.

Baiklah itu sahaja dari Saya Fierdauz Whybee Jaudin. Untuk Mata Lensa Fotografi.







Ingin Dapatkan Khidmat Fotografi?
Sila Hubungi 017-8712545
atau Email kan Kepada icescoba87@yahoo.com
atau add saya di Facebook Fierdauz Whybee Jaudin

Flash – Biar Nampak Natural


Sejak zaman penggunaan filem, portable flash adalah satu peralatan yang penting dalam fotografi. Kita menggunakannya dalam pelbagai situasi sama ada dalam ruang tertutup mahupun di bawah matahari sebagai fill-in. Sebagaimana pentingnya flash, ia selalu disalah gunakan hingga boleh merosakkan gambar yang bagus.
Flash memberikan ruang kawalan cahaya yang sangat tinggi terutamanya di ruangan tertutup. Teknikceiling bounce iaitu dengan memantulkan cahaya flash ke siling akan mencerahkan keseluruhan ruang lantas menjadikan latar belakang lebih menarik. Anda juga boleh mengawal arah datangnya cahaya dan keamatannya untuk menghasilkan kesan yang dihajati. Kelebihan utama portable flash berbanding dangan yang dibina pada badan kamera ialah sudut cahaya boleh dikawal sama ada dengan menggerakkan kepala flash, penggunaan kabel atau pun wireless.
Kebebasan untuk mengawal cahaya menggunakan portable flash adakalanya digunakan dengan cara yang kurang wajar. Ada beberapa hasil karya yang saya lihat menonjolkan penggunaan portable flashyang kurang efektif sehingga mencacatkan gambar. Flash seharusnya membantu pencahayaan agar foto dapat dirakam dengan dedahan yang betul, tetapi bukti penggunaan flash harus diminimakan agar foto kelihatan lebih natural. Beberapa perkara boleh membantu agar kesan penggunaan flash kurang kelihatan. Disini ada sedikit tips untuk tatapan.
  1. Gunakan diffuser atau teknik bounce. Flash yang dihalakan terus ke arah subjek tanpa diffuser akan melihatkan kesan silau. Hati-hati dengan warna permukaan yang digunakan untuk bounce.
  2. Jarakkan subjek dengan sebarang objek rata seperti dinding di belakangnya. Penggunaan flashmudah menghasilkan bayang-bayang. Ini boleh dielakkan dengan mudah hanya dengan mengubah kedudukan anda agar latar belakang tidak menghasilkan bayang-bayang.
  3. Walaupun penggunaan diffuser dan pantulan boleh melembutkan cahaya, kesan silau masih boleh dihasilkan jika subjek mempunyai elemen yang memantulkan cahaya. Baju putih, rim kacamata dan kepala tali pinggang besi boleh menghasilkan kesan silau. Mungkin anda ingin membuat tight cropagar objek bersinar tidak mengganggu foto tersebut.
  4. Peluh menghasilkan kesan berkilauan dan selalunya kita hanya perasan apabila imej dipaparkan di skrin komputer. Elok juga jika kita periksa jika subjek berpeluh dan hulurkan tisu.
  5. Ada juga punya silau yang disebabkan oleh latar belakang. Perhatikan jika terdapat kaca, cermin atau permukaan yang boleh menyebabkan pantulan.
  6. Jika subjek terlalu jauh dari latar belakang, kita akan mendapat foto yang mana latar belakang adalah gelap. Gunaka ceiling bounce untuk menerangkan kawasan di belakang dan shutter yang perlahan beserta ISO tinggi.
  7. Ada sesetengah manusia yang wajahnya bersegi dan mudah menampakkan kesan flash. Gunakan teknik bounce ke tepi agar mendapat side lighting.

Ingin Dapatkan Khidmat Fotografi?
Sila Hubungi 017-8712545
atau Email kan Kepada icescoba87@yahoo.com
atau add saya di Facebook Fierdauz Whybee Jaudin

Light Trail


Apabila merakam foto menggunakan slow shutter sekitar 1 second atau lebih perlahan, kita boleh mendapatkan kesan jalur cahaya (light trail) di dalam foto yang dirakam apabila terdapat kenderaan dengan lampu dinyalakan bergerak di hadapan kamera kita. Foto sebegini sesuai dirakam pada waktu malam atau lebih baik lagi jika dirakam pada waktu senja kerana pada waktu senja, kita masih boleh mendapatkan warna biru pada langit.
Oleh kerana foto ini dirakam menggunakan slow shutter, kita perlu meletakkan kamera pada permukaan yang stabil untuk mengelakkan gegaran pada kamera. Lebih mudah lagi jika kita mempunyai tripoduntuk tujuan ini.
Apabila merakam foto dengan slow shutter, elakkan dari menekan shutter release button dengan jari anda bagi mengelakkan gegaran pada kamera. Gegaran pada kamera ini boleh mengakibatkan foto anda menjadi kabur. Untuk ini, anda boleh gunakan self timer bagi merakam foto atau lebih baik lagi jika anda menggunakan wireless remote untuk merakam foto tanpa menyentuh kamera anda.
   Untuk mendapatkan kesanlight trail yang baik, kita perlu menunggu kenderaan yang sesusai melintas di hadapan kamera. Adakalanya light trail yang dihasilkan tidak begitu menarik kerana terlalu banyak kenderaan atau terlalu kurang kenderaan lalu di hadapan kamera kita. Jadi, kita perlu menunggu masa yang sesuai dan merakam banyak foto.
Untuk foto di atas, setting yang digunakan adalah seperti berikut:
  • ISO 100
  • Aperture f/13
  • Shutter speed 15 seconds
Setting yang dinyatakan hanyalah sebagai info dan panduan. Anda perlu ubahsuai setting anda berdasarkan keadaan pencahayaan dan setting lain yang digunakan semasa anda merakam foto anda nanti.
Diharap tips ini dapat membantu atau memberi inspirasi kepada anda untuk merakam foto dengan light trail. Fikirkan lokasi menarik untuk anda rakam foto sebegini dan cuba rakam foto light trail atau night scene anda sendiri. Selamat mencuba!



Ingin Dapatkan Khidmat Fotografi?
Sila Hubungi 017-8712545
atau Email kan Kepada icescoba87@yahoo.com
atau add saya di Facebook Fierdauz Whybee Jaudin

Lensa Mata

Lensa Mata....
Mata umpama Seni...
Sekilas pandang teringat dihati..
Andai dapat ku lukis menjadi realiti
Alngkah indahnya seni
Sentiasa terpapar dimata dan hati
Menjadi kasih yang abadi
Perlukan cinta yang hakiki
Itu kasih pada ilahi


Ingin Dapatkan Khidmat Fotografi?
Sila Hubungi 017-8712545
atau Email kan Kepada icescoba87@yahoo.com
atau add saya di Facebook Fierdauz Whybee Jaudin